Kepada mereka2 yang baru nak jinak-jinakkan diri dengan gitar, macam aku jugak , dengan berbesar hati aku akan ceritakan pengalaman dan kesengsaraan bermain gitar .
Hahaha . Rilex2 . Takdelah sengsara mana pun .
Sebenarnya aku mula belajar sejak 3 tahun yang lalu tapi sampai la ni , aku cuma tahu major chord jek . Sedikit minor.
Toward readers major chord tu adalah chord2 yang penting . mostly , korang akan nampak chord ni pada setiap lagu . Contoh macam chord G,C,F,E,A .
minor tu macam chord Am, Em, Dm, Bm dan bla bla .. nak tahu cari sendiri ye guys .
Gitar yang aku pakai : Sakura . lagi 1 aku bukan tahu sangat pasal gitar ni . memandangkan aku belajar sendiri tanpa sifu so setakat mana aku tahu, tu jela yang aku boleh citer . Gitar ni murah jek . Rm100 . Aku sarankan amatur2 sekalian tak perlulah gitar yang mahal2 utk belajar .
Yang korang perlukan adalah 10 jari tangan dan sedikit keazaman,ketabahan dan secubit sifat tidak mengaku kalah . Kalau nak beli yang mahal pon terpulanglah . Bergantung kepada ramainya duit korang maka boleh la beli yg upgrade sikit . Akustik pon boleh apa . Tak de lah mahal sangat . Harganya pun lebih kurang 2 ke 3ratus sahaja .
Dari segi lagu , aku sarankan lagu najwa latif memandangkan lagunya menggunakan chord yg mudah . Contohnya carta hati -----> C , Am , F , G .
Cuma pakai 4 chord je . Lagu dia yang lelain pon xdelah susah mana yang penting korang dah mahir dengan chord2 yang digunakan .
Aku belajar main ni sebab aku suka dengar lagu Apit . Korang bolehlah search sendiri . tengok kt u-tube je . Kerana giler nyer terhadap lagu dia maka aku pon start study gitar . Lagu dia berbentuk plucking . meaning , korang petik satu2 tali gitar . Setakat ni aku dah boleh main lagu .
= cintaku dipermainkan , luahan hati , mimpi indah , tembok derita , detik terindah, sepi memelukku dan lain2 lagu beliau lagi .
Aku rasa itu lagi mudah berbanding korang bukak buku dan belajar chord dahulu . Saranan aku , cari 1 lagu yg korang suka dan cari chordnya then start !!.
Jujurnya masa mula2 belajar , aku rasa nak giveup jek . aku rasa mustahil . Rasa jari ni tak sampai nak tekan string gitar tuh . Sebenarnya tiada istilah sampai ke tak jari tuh . Just keep doing that over and over again . lama-lama bolehlah .
Dan biler korang start belajar 3 hour non stop ,. korang akan rasa peritnya hujung2 jari korang . masa mula2 dulu , 2 hari jek aku belajar then jari dah bengkak . 1 minggu aku tak sentuh gitar beb . Kesian jari2 halus aku . Haha . Nak nangis pon ade . Tapi sebab aku teringin nak belajar lagu tu , ku gagahi jua segala onak dan duri . APIT !!!
Tapi jangan berhenti ! . Korang kene teruskan jugak sampai hujung jari korang tu rase keras dan kebas . masa tu korang dah takkan rase sakit dah . Tapi sejak busy , aku dah lame tinggal gitar . Sentap jugak biler nak main balik . Jari aku !!!!!!
Lagi 1 yang aku tak tahu adalah cara nak tunning gitar . Kalau tak tahu , korang boleh la beli guitar tuner . Cara yang lain adalah korang download je aplikasi guitar tuner kt handphone korang . Zaman kn dah maju . Segalanya dihujung jari . bukak aplikasi tu dan letak guitar korang dekat ngan phone . Petik satu2 string sampai meter tuner tu tepat . Korang boleh lah buat sedikit research sikit kt mr. goggle .
Akhir kata aku harap kita sama-sama jangan putus asa yek . Go !! Go !! Go !!