Cat Pose

Hola ,,
Sengaja aku wujudkan satu page nih semata-mata nak share one of my interest to you guys . Yupp , aku seorang cat lover . Ini antara few pictures yang aku berjaya snap . Fotogenik kan mereka .
Setiap kali aku nampak kucing , aku rase macam nak kunyah2 je diorang . Hish geramnyer .
Just nak share gambar mereka sahaja . Take a look ~

Yang warna putih ni namanya Coco .Another one is Johnny . Yang belang-belang macam carpet tu Gemok . Tapi sayangnya semua kucing ni dah takde dengan aku sebab ade orang yang amek . Sob sob .






































































re-post :

16.11.2013

Ini adalah tarikh  yang aku takkan lupa . Hari dimana aku merima khabar berita diawal pagi bahawasanya kucing aku dah mati .

Ok , kucing yang korang tengok kat atas tu , Johnny dan Coco tu anak murai generasi pertama .
Selepas dorang hilang tah kemana , murai beranak lagi beberapa ekor . masa murai lepas beranak , aku simpan anak dia dalam umah sebab kecik lagi . Lepas dah besar ckit , aku letak belakang umah tapi tak lama tuh anak die mati kena makan ngan kucing jantan . Bengang betul aku !

yang hidup cuma seekor jek . Aku namakan Jenny . Betina . Comel macam tupai terbang . malangnya Jenny pon mati sebab sakit . Dia marayau time tuh . Tahu2 jek dah takde .T_T . Sebab aku bela dia tak lama jadi tak terasa sangat kehilangannya . Sebab saiznya yg kecik molek tuh , aku selalu masukkan dia dalam kocek seluar aku dan bawa jejalan . haha . Serious comel wa cakap sama lu !



Tak lama kemudian , murai beranak lagi sekali , Ada 4 ekor . Kira dah besar aku jaga . Tapi murai tinggalkan aku . mana dia merayap tak pulang2 .

Tinggallah mereka ber-4 . 2 jantan 2 betina . 1 yang jantan hilang waktu dia follow ibu  aku pi surau tok terawih . Ibu kata waktu kt surau dia masuk kacau orang terawih tapi pas tamat , ibu cari nak bawak balik , tak jumpa . Tak sempat lagi aku bubuh nama . Nangis la aku ~

Tinggal 3 jek . 


Ok yang kt atas sekali tuh namanya Amoi . Amoi ni nakal . Yang jadikan dia special sebab mata dia juling2 air ckit . kalau tengok muka dia macam cina . Ape ko ingat manusia je ada bangsa , kucing pon ada taw . Tu pasal aku bubuh nama amoi . Nama manja , nomoi .

Yang ditengah tu boncet . Nama manja , oncet atau concet . Keje nye asik nk makan jek .perut dah boroi dah . Kuat mengampu oncet nih . Sampai ibu ngan ayah pon manjakan dia walhal bukan dorang suka kucing pon . Kalau dah lapar nanti dia gigit tangan ,kaki even dia kunyah rambut aku . haa tahu lar tuh dia kebuloq . ini adalah tabiat semua anak murai cara dorang nk mintak makan . Unik doh ~
Kalau dorang lapar dah tu cuba korang berlagak tido . memang dia gigit segeram-geramnya kepala korang . Inilah yang terjadi setiap pagi bila aku tak bangun tido lagi .

Yang kt bawah sekali tuh namanya Kecik , sebab dia kecik jek . tapi sejak akhir-akhir nih dia pulak yang terlebih besar bapak .,
100% sebijik macam Coco . Even sikap dia pon sama . Lemah lembut jek . Agak nerd sikit . Kalau bercakap ngan dia nanti dia tengok jek . macam paham pulak gayanya . Kalau marah , tahu dia merajuk .


malang tidak berbau bila , pagi harini aku diberitahu jiran , Amoi dah mati . Kena gigit anjing malam tadi . Jiran aku cakap , mula2 ada sekor je anjing tapi tiba-tiba datang anjing lain sekumpulan 8 ekor . Anak jiran nk tolong , sudahnya dia kena kejar anjing pulak . Dahtu dia kata anjing tuh lambung2 amoi . Sumpah aku nyampah ko anjing !! Wuu ~

Lepas anjing tu bla , jiran aku amek amoi bawak masuk kerumah . Idop lagi . Tak lama tuh dia mati . Then , jiran aku tolong tanamkan . Sekarang ni pon mata aku dah bengkak nangis . Sedih teramat . Aku memang suka kucing . sekarang dah pukul 4.30 petang . Tapi air mata aku tak boleh berhenti . Paip dan bocor .

Patut la Amoi lain macam jek minggu nih . Time aku nak siap-siap pi keje , tiba2 dia masuk bilik and keluar bila aku nak pi keje . 1 minggu gitu .Pelik jugak aku . Last day tuh , Dia duduk atas tilam sambil tengok aku bermekap2 nak pi keje . Aku siap cakap lagi ." kau apesal moi tengok gitu , comel tawu tak "

Petang lepas aku balik kerja aku panggil amoi sebab nak tengok muka dia yang comel tuh . Cepat pulak dia datang . Selalu kalau aku panggil dia taknak . malam aku kasi makan cam biasa . Dia sempat tinggalkan cenderamata kat bilik aku . Cantik je peta malaysia dia buat kat dinding aku . Kencing sudah ~
Tak sangka tu la malam terakhir aku tengok Amoi . Haa sebak betul aku , nak karang ni pon mata dah bergenang air . Tak nampak mana huruf .
Good bye nomoi . Kita jumpa disana yek . Tunggu taw .

Chaw ~



























0 comments: