Friday, September 13, 2013

Akhirnya Kini Pasti !!




Yezzzz !! Setelah berhari-hari aku cari , akhirnya aku jumpa juga template blog yang aku nak . Nampak simple but trust me , it's not !

Template blog ni siap ade image slide sebenarnya tapi aku dah remove sebab aku rase menyemak jek dia kat situ . Untuk meng 'remove'kan dia , aku terpaksa godek html template dia . Serious berpinar-pinar mata aku teng0k . Tak tahu mana nak mula . maklomlah aku bukan terer sangat bab coding2 ni . mana yang aku ingat time study dulu lar aku dpt praktikkan .

Anyways , dah siap pon . Siap page lagi gitu . Bangga2 ~

Sebab namanya pon renovate jadi aku dah ubah sedikit entry2 sebelum ni tapi content masih sama just ayatnya lebih tersusun . Itu sahaja . Unsur humor tu still ade . Ofc0z la sebab aku buat bl0g ni pon nak citer2 happy2 je . Kat luar sana dah banyak dah novel2 sentap terguris jiwa jadi aku rase tak payah kot karang citer sedih kat sini .

Dan ade jugak entry-entry yang lain yang aku terpaksa draftkan mereka buat sementara waktu dan aku akan re-post semula setelah siap nanti . Sebab tu korang akan dapat lihat kebanyakan entry start 2013 . Tak kesah la  ,. Ape pun enjoy your reading . much love <3 p="">

Wednesday, September 11, 2013

Tak Giler tak kawan !















Hai !!
Terlebih dahulu ingin aku nyatakan disini bahawa mungkin content entry ni ade sedikit perbezaaan dari entry yang  lama . Sebabnya demi menampilkan penulisan yang lebih tersusun dan matang , aku telah meng'edit'kan sedikit content nya . matang ke ? .
kekeke

*********

Entry ni aku nak tujukan khas buat chinggu (kawan) aku kat kolej . Diorang ni sememangnya sama-sama giler otaknya dengan aku . memperkenalkan watak-watak utama dalam drama kehidupan aku sewaktu dikolej . 

watak utama :

# mak = kaseh sarah
# nenek = fira dan fara
# full time gelak = fiqah sweet

 mak

 fira


 fara


 fiqah




Kalau korang sewa umah sebelah kitorang , kemungkinan korang akan dengar kitorang selalu memekak tengah2 malam sampai la pukul 2 ke 3 pagi .

senang je skripnya . Antara skrip yang kerap digunakan ialah :
"  HaHAhahahhaahah ... "
Ayat ni je dah cukup untuk makcik sebelah umah datang bagi ceramah pasal kitorang selalu bising. Bukan sengaja tapi sumpah tak boleh kawal . Haha




Kadang-kadang kitorang try cakap macam slang bangla, thailand , vietnam dan sebagainya .
Itu sahaja.
Kalau esok ada kelas mungkin sesi berdialog ni abis awal sikit . Bertambah-tambah giler kalau esoknya hari takde kelas , lagilah menjadi2 .

Dan setiap kali tido lambat , kitorang selalu siap ke kelas lambat . Yang anehnya skaft tudung aku selalu hilang time pagi2 . Pelik betul . Takkan la hantu curik pakai malam2 kan . Setahu aku diorang " free hair " .Dan setahu aku yang tutup aurat cuma en.bungkus jek . Semua dia tutup kecuali muka .


*********

Jadiknya bila bangun pagi jek aku terus membebel2 .



" Aduhh,.mne butang td0ng aku,.mne buku aku, skaft aku mane ? !!!"

" ADUH !! "

Time tuh semua nak hilang . menyampah betul .

Kesian jugak diorang kadang-kadang terpaksa ikut misi mencari dan menyelamat barang2 aku . Hehe . Sori . Nanti raya aku minta maaf yek .



The moral of the story : Jangan sekali-kali tido lewat dan  memekak di tengah malam kerana anda berkemungkinan gelabah pada keesokkan harinya  .

Chaw ~





Trick ayah mengurat ibu




Assalammualaikum ,.
Hari ni dengan rasminya aku mendedahkan trick yang digunakn ayah sewaktu beliau cuba mengurat ibu .

muahhahaha !!!

Korang mesti pernah tertanya-tanya macam mana mak dan ayah korang berjumpa , kawan dan kawin kan ?
Pernah x ?
Puas aku tanya ibu ngan ayah tapi tiada jawabnya . Takkan lah jumpa je terus kawin . Stail org dulu tuh .
Hasil penyiasatan aku dengan Arwah Yot ( moyang ) , ayah yang mula2 usya ibu .

huh ,. tg0k muka je dah tahu ayah yg usya dulu . haha


"AYAH USHA IBU"

Kononnya ayah usya sambil main gitar . OK !
bab main gitar tuh aku boleh terima TAPI kenapa mesti ayah main gitar kat Rail keretapi .?? - arwah yot yg ckp .
Ape Kejadahnya sume nih . Buang tebiat bapak aku nih .


motif ??

Kemungkinan  :

= Ayah nak gertak ibu kot . " Jikalau tuan puteri tidak mahu terima tuan hamba , biarlah tuan hamba bunuh diri disini " .. Fuhh sumpah bukan stail bapak aku .

= mungkin jugak main gitar  sambil nyanyi kat situ merupakan port paling romantik time dulu2 .. Yekeh ?
kalau zaman skrang kau buat camni konfem2 giler . Tak kene tempat romantiknya .

Tapi mungkin jugak la kt situ je limit bapak aku boleh pergi . mungkin kalau selangkah je kaki bapak aku melepasi rail keretapi  tuh nanti kene kejar ngan parang sama moyang aku . 
( rumah bersebelahan dengan rail keretapi )
Yela aku pernah ingat yg ibu ada cakap arwah yot garang tahap gaban .Entah la labu ~

Lepas aku dengar cerita nih , aku ade tanya ayah lagu ape yang main waktu tuh ,.
Tak ingat pulak beliau .
Aku rase lagu " ditepi railway yang indah " kot .
Kekeke .

Hmm , sweet jugak love story orang tua aku nih . Cett !

,.


Jelez gua !!

Tapi kalau aku boleh request orang yg usya aku nanti , aku nak mitok dia main gitar kat HIGHWAY je .


 OK CUN !!
Hahaha .


Lagi satu , kononya percintaan mereka nih tak berapa dipersetujui oleh atok .
Cop2 !! 
Bukan macam drama korea yg mungkin berimaginasi di otak korang skrang nih . Cuma risau , boleh ke ayah sara ibu . Dulu ayah keje kontrak je kt singapore . Gaji x banyak .Skarang ayah keje kilang je dan masih . Tapi skarang alhamdullilah , senang dah . Bukan lah senang mane . Kiranya xdelah serba daif dulu .
Ibu cakap dulu biler ade peminta sedekah datang pon tak mampu nak bagi , Setakat seposen dua je . Start skolah menengah waktu tuh ekonomi keluarga dah ade kemajuan . Syukur sangat2 .
Aku pakai enset p0n dah abes skolah time tuh .
kenangkan dulu2 perghhhh ,, perit siot .
Kalau hidup aku masih daif macam dulu la ni , aku rase dah boleh jemput krew bersamamu dah . haha

Tapi hari ini aku sudah pun bergelar graduan diploma IT .
Buktinya ayah mampu .
Yearghhh ,. malaysia boleh !!

Syukurlah malaysia masih aman ~

Chaw ~