Family's Profile

Assalamualaikum ,.
Thanx for drop here . memandangkan dah singgah , biar aku perkenalkan buah hati , jantung , limpa dan usus kepada korang . Seperti mana organ-organ ni penting bagi setiap orang , begitu jugaklah pentingnya mereka ni dalam hidup aku .




First sekali , Ayah :



macam mana nak ek nak describe bapak aku nih . Susah2 .
Ok. Dia garang . Kadang2 mood dia baik kdg2 x . Kalau bab berdebat, mmg taknak kalah . Kalau orang lain lah . Kalau aku , ofc0z la aku yg menang . Haha . Kadang-kadang aku cakap wa lu wa lu jek dengan dia . Takpun brother ke or En. Nordin ke . Hahaha . Cop2 !! . Tapi gurau2 ler . Kena flying kick aku rase kalau aku guna panggilan macam tu hari2 . Yep ! dalam bnyak2 anak dia , aku sorang je yg boleh cakap macam tu . Sebab ?? . Kadang2 aku kaki langgar . Haha . Apepun aku tetap bersyukur dia jadi bapak aku . Harap2 En Nordin tak jumpa blog aku nih . Haha . mati den ~
Kebarangkalian : 0 % .




***************************


Second , Ibu :




macam biasa lah sifat seorang ibu . Kalau tak pot pet pot pet tuh bukan ibu la namanya . Haha . Kalau dia dah start mesyuarat tingkap tuh , jenuh2 . Kekeke . Bebanyak terima kasih la sangat-sangat sbb ibu sabar dengan perangai " nakal " aku nih . masak lauk sedap2 , kuih sedap2 ,. yang tak sedap pun terima kasih jugak . Heee ,.
 Sebab aku yang suka tengok drama korea nih , ibu pun siap join sekaki . Kononnya tak minat tapi ada sekali tuh time aku nak sambung episod  citer korea tuh dia kata taknak tengok episod yang tu . Nak yang lain . Aiikk ?? . Rupanya dia bukak sendiri citer tuh senyap2 . haha . Tapi takde la minat macam aku  . Bukan apa aku suka jalan citer dia yang sweet tuh .. 
Tapi ade satu cerita yang dia memang betul2 tengok . Tak boleh terlepas pon . Bagi yang tengok citer korea maybe tahu kot  citer nih " secret garden " . Lagi satu " Kim Tak Gu - Baker King " yang nih lagi tak boleh bla , bapak aku pun siap join sekali . Biar betul . macam tak cayer jek ketika tuh . Nak naik histeria rasenyer. Yela , slalu bapakku tuh bising cakap " kau ni xde citer laen ke , asek cino cino cino jepang koreak " . Haa . Tapi serious citer ni best . Ade unsur kekeluargaan sikit . Recommend !!


**********************************



Third , Alem :



Adek aku . Ceh ,, muka bajet kacak je tuh . Haha.  Kalau tak cari pasal dengan aku satu hari memang tak sah . Suka angkat bakul sendiri . Haha . mempunyai interest yang sama dengan aku iaitu SENI.
2013 - umur 19 tahun . Study kat Giatmara . Kos Elektrik . memandangkan umur dia yang tak jauh beza dengan aku jadi dia selalu story mory dengan aku . Awek dia la peminat dia la ,, APTB . Yekan aje lah . Berjeli telinga aku dengar tapi tak dinafikan selalu je dia dapat gift coklat dari sesape . mencik mencik >_<" .  . KEKEKEKEKE !

*************************



last but not least , Ecah :





Adek aku yang last . Banyak membebel dia nih . Hishh , genetik sapo la nih .
Tahun ni Tingkatan 2 . Cuma dia je yang takde interest dalam seni . Pelik jugak aku . Yelah Ibu, Ayah termasuk alem bolehlah dikatakan suka berseni2 nih . Dia je tak . Kadang2 aku usik cakap dia anak pungut . Hahhahha . Jahat2 . Gurau je tuh .Suka Kpop. Satu yang aku nampak , dia bagus dalam sukan . Takde la bagus mane sampai wakil sekolah tapi still bole la menang pingat . lagi satu kalau bab menghafal lagu , fuhh nombor 1 . Dengar 2 ke 3 kali dah boleh hafal . Tapi bab belajar tak pulak dia cepat hafal . Pening2 ~
Tapi still aku harap pencapaian dia lebih baik dari kakak dia dan abang dia nih .. Fighting !!


*****


maka dengan itu berakhirnya sesi pengenalan dan pengembaraan anda bersama kami .
Chaw ~












0 comments: