Assalamualaikum ,
Baru-baru ni aku adelah mengecat bilik aku sendiri . Saja , Aku guna baki cat time raya taun lepas . Benda dah ade , aku guna jela . So , idea pon tiba . !
berbanding cat macam biasa , why not kali ni cat luar biasa skit . So , aku decided cat dalam bentuk grid .
Asal bilik warna putih . memey gitu lah warnanya dari mula beli sampai la ni .
Aku pon ukur punya ukur , Solatape tok wat grid line . Asalnya nak cat biru line putih ja . Tapi idea gila datang lagi . Bubuh pulak warna kuning taik kucing .
Asalnya cuma nak pakai satu dinding jek ,. tapi terlebih rajin , aku conteng plak dinding sebelah .
Dahtu tambah pulak kuning .
Dah tu , idea gila datang balik . Aku tengok macam cantik jer . macam comel jer . So , aku bubuh pulak Stickman kt line- line tuh .
Senang je wat stickman nih . Korang boleh guna software Pivot stickman . Pernah tak tengok kt u-tube , Xiao Xiao . Ala , yg orang lidi hitam lawan2 tuh . Taip jek , xiao xiao , Hah ! melambak .
Lepas aku print ,potong dan tampal . Kecik jek stickman nih aku buat . saiz 1 inchi lebih skit .
adek aku si halim kata bilik aku dah macam bilik budak terencat . Ayah pulak cakap dah macam sekolah tadika . HaHa .
Seni memang perlu sedikit sentuhan kegilaan .
Chaw ~